apa la sangat bakti siswa ni?

Sem lepas aku pergi bakti siswa .
   # Kepada kawan - kawan yg sgt mengenaliku tolong jangan pertikaikan .
      Disebalik mukaku yg sgt poyo + garang, terselit perasaan kasih sayang yg teramat sangat ;*
      Atas permintaan, aku buat jugak la entri ala - ala report ni . ewahhhh ;D



Tempat : Rujuk gambar
Masa : 3 hari waktu befday aku T.T
Anjuran : Kelab course aku + AJK kampung

Day 1
  • Sebelum berangkat, bayangan aku pasal family angkat :
  1. Rumah ditepi pantai yang terbentang luas . Ada pokok kelapa melambai - lambai .
  2. Rumah diperbuat dari kayu . So kalau berjalan boleh dengar bunyi kayu kriuk - kriuk .
  3. Mandi dekat telaga yg berada di luar rumah .
  4. Ada anak lelaki muka sebijik macam Junho 2PM suka menjala ikan .
  5. Atap rumah diperbuat dari nipah .
  6. Mak angkat suka makan sirih .
  7. Bapak angkat suka hisap rokok daun .
  8. Naik perahu di tengah - tengah laut .
  • Kampung kitorang nak pergi ni jauh masuk ke dalam . Mula - mula akan jumpa tempat warga - warga foreigner bercanda . Then pusing kiri , pusing kanan , terus , pusing kiri , pusing kanan , terus , baru jumpa kampung . Almaklumlah , kampung sebelah laut la katakan .
  • Sampai je kat kampung , gile kau aku terkejut ! Kampung tersebut tidak seperti yg aku gambarkan . Ini perkampungan orang kaya je ni . Rumah banyak besar - besar . Kalah kampung aku ;D

  • Acara dimulai dengan ucapan alu - aluan ketua kampung yang segak bergaya dan penyerahan anak angkat kepada family angkat secara tak formal . 
  • Tapi malangnya , family aku tak datang pun ambik kitorang . Sedih aku bila tengok membe - membe tangkap gambar senyum - senyum dengan family angkat . 
  • Utk menjaga hati kami yang tak dijemput ni , kitorang tangkap jela gambar dengan pengacara majlis . 
  • Yang specialnya ketua kampung hantar kami balik rumah family angkat . Bak kata ketua kampung , kami ni anak angkat yatim . Sebab mak angkat kami janda kaya 0.o



  • Bila sampai je depan rumah mak angkat , kitorang terpegun sebab rumah mak angkat kami antara rumah terbesar di kampung tu ;D.
  • Kitorang disambut dengan tangisan kanak - kanak kecil menagih perhatian .
  • Mak angkat cakap ; die sakit lutut sebab tu tak dapat ambik kami . Its OK la mak ;)
  • Mak angkat kami dah sediakan satu bilik yang cukup pakej untuk kami nak beradu . Gile selesa ! Sebab tu la kami selalu terlambat datang aktiviti atas sebab katil selesa sangat ;)

  • Petang tu mak cakap nak masak something special untuk kami . Tapi berasaskan telur dan ikan . Sebab mak memang tak suka makan ayam . Alahai mak memang pandai saving ! Untung
  • Mak suruh kami pergi kedai beli telur sambil bawak budak kecik yang menangis tadi . Nama "jelita" . Popular gile budak tu , habis semua org kenal . Aku pulak yg malu <tetibe>
  • Balik rumah , mak suruh tolong die masak . ERKKKK 0.O"
  • Walaupun ilmu memasak separa je kat kepala ni , tapi punye la confirm gilee aku cakap " Boleh je mak " . Perkara pertama mak suruh buat perah santan . Punye la lama aku perah santan . Aleh - aleh mak yang masak . HAHAHA ;D .


  • Malam hanyalah penyerahan anak angkat secara formal sebab ada tetamu VIP datang nak rasmikan majlis . Paling terharu mak punyelah sakit lutut sangat sanggup berjalan kaki ke sekolah untuk kitorang . Terima kasih mak . < bajet mak baca blog >
  • Lepas tu balik rumah terus tidur tak sedar dunia.

Kalau ada permintaan baru aku sambung untuk Day 2 dan Day 3 ;D