syoknye citer hindustan dan tamil ni !

nak kata aku gila cerita hindustan + tamil ni jauh panggang ayam sekali. Tapi sejak dua menjak ni aku tak tau la asal suka sangat tengok cerita - cerita ni. Mungkin sebab :

1. style lakonan semua actor bravo ! penuh perasaan kot diorang berlakon . kalo cerita tamil , aku prefer tengok Rajinikanth . Mana nak cari pelakon libas2 kain dengan sound effect. Carilah seantero dunia, mesti tak dapat punya. Kalo cerita hindustan tu aku pilih lelaki yang hensem - hensem la. Tapi yang paling tak tahan hero yang ada bulu dada yang lebat. Perghh..cepat2 aku tukar channel lain. erkk.

2. mana nak cari cerita yang tengah2 ada lagu. dari hero dengan heroin tengah syok tangkap lentok nyanyi menari sambil terkedek - kedek berkejaran di pantai, tetiba muncul ramai orang ikut sekali. Siap baju semua warna sama. Step menari pun sama. Perghh! 

3. paling mantop sekali hero mesti susah nak mati. Walaupun sorang lawan dengan berbelas orang gangster pun mesti hidup punya. Biar pun kena tikam banyak kali pun mesti kuat gila nak selamatkan heroin dari gangster2. Biar la kene buang kat bukit pun still kuat walafiat. Ada satu cerita aku tengok. Berdas - das tembakan kena kat dada pun still hidup sihat bahagia. Tak payah susah2 nak gi check doctor masuk ICU la.

biar tak handsome asalkan aku hot! ade aku kesah ?