solutions bagi yang suka KENTUT TERBUNYI dan TERBUSUK di public .



Sila jawab soalan berikut .
  1. Anda pernah kentut berbunyi dan berbau ?
  2. Pernah menghadapi situasi orang lain kentut berdekatan anda ?
  3. Pernah menghidu bau kentut yang menusuk saraf otak ?
  4. Pernah terdengar melodi indah hasil bunyi kentut ?
Jika YA . Sila bersyukur . Anda adalah manusia normal . 
Sebagai manusia normal , anda boleh meneruskan pembacaan entri ini sehingga habis .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku nak bagi cara penyelesaian kat korang  yang suka kentut berbunyi dan berbau di public .

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan , sila mengaku dengan bangga" Sorry . I kentut . Tak tau la pulak u terbau kentut I . Sapa suruh u duduk dekat I " . Siapa tahu , lepas tu mungkin korang dapat peminat . Siap mintak nombor phone dengan sign lagi atas kejujuran korang tu . 

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan , sila pastikan korang makan limau kasturi setiap hari atau kalau nak advance lagi minum la minyak - minyak wangi yang berbau harum . Probability kentut korang nak berbau harum semerbak seperti Lacoste Pour Femme tinggi . Mana tahu ada pulak yang request korang kentut sekali lagi " Awak , kentut la lagi . Wangi la bau kentut awak ni . Saya suke la . "

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan , korang mintaklah kebenaran orang disekeliling dahulu . " Maaf menganggu . Anda semua saya ingin melepaskan angin sedikit . Boleh tak anda semua bagi kerjasama menutup hidung . Sekian , terima kasih . " Mungkin korang menyelamatkan nyawa seseorang daripada terkena kejutan jantung hasil bau seperti memakan telur busuk yang diperam setahun yang korang lepaskan  .

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan , korang wajib bawak alat musik di mana sahaja korang berada . Jangan la pergi bawak piano . Bawak la seruling ke . Gitar ke . Violin ke . Bila korang rasa nak kentut je . Boleh korang mainkan alat muzik tu untuk mengaburi pendengaran orang sekeliling . Atau paling cikai punya cara , korang mainkan jela lagu kat handphone korang tu . Tapi sebelum tu pastikan volume semaximum yang boleyh .

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan  yang mempunyai awek atau balak , korang bawalah awek dan balak korang waktu korang nak kentut . Selain dapat test tahap peratus kecintaan pasangan terhadap korang . Ia juga dapat digunakan dengan menyalahkan pasangan korang seolah - olah pasangan korang yang kentut  walaupun sebenarnya korang yang kentut. " Sayang , lain kali kentut jangan la kat public . Nasib baik Baby tak kisah pun Sayang kentut ni . Jangan buat lagi tau !." Cakap la dengan nada yang romantis tapi cukup kuat untuk orang lain dengar apa yang korang cakap .



ps : teringat waktu sem lepas . Tengah berhimpit - himpit dalam bus . Ada pulak yang boleh kentut semerbak bau dia . Dah la deria bau aku ni kuat . Sabar jela .