kau pernah kena penyakit berak berdarah ?



Aku pesakit berak berdarah yang tegar pada setiap 10 tahun . Disebabkan itu , nafsu aku membuak - buak untuk berkenalan dengan penyakit berak berdarah ini . Justeru, aku dengan laju menaip 'berak berdarah' di google .Banyak betul  maklumat yang aku dapat . Terima kasih pak cik google ;)

MAKLUMAT 1 : Mengapa berak berdarah terjadi ?
  • Makan nasi lima enam pinggan dalam sehari. Susah nak hadam .
  • Penggila makanan daging . Setiap jam makan daging . Tiada daging , tidak guna hidup .
  • Selalu katakan TIDAK pada sayur - sayuran . Bagi individu ini , sayur adalah makanan tasteless .
  • Kedekut nak beli buah - buahan . Lebih baik beli cadbury dari beli buah . 
  • Air kosong adalah musuh utama . 
  • Bersenam tiada dalam kamus hidup .

MAKLUMAT 2 : Kesan berak berdarah ?
  • Lubang dubur membengkak dengan jayanya
  • Buasir 
  • Muka menjadi putih macam mayat sebab kehilangan banyak darah . Oh No !
  • Muntah - muntah . Jangan terlalu gembira kerana anda bukan mengandung .
  • Sentiasa pitam tak mengira waktu .
  • Kanser usus .

MAKLUMAT 3 : Rawatan ?
  • Berjumpalah doktor dahulu , baru tahu rawatan apa yang sesuai . ;)


ps : Sharing is caring .