Kau kata kau sayangkan bangsa Melayu . Tapi kau . . . . . .

AMARAN : ENTRI INI TIDAK BERBAUR PERKAUMAN !
Untuk pengajaran aku , kau , dia dan semua .


Anda sayang bangsa Melayu anda ?

ya saya sayang bangsa Melayu 

Apa BODOH la soalan kau ni ! Itu pun nak tanya . 
Mestilah sayang weyh .

Kau gila ke ? Tetiba jadi patriotik ni . Haruslah sayang .





Cakap semua orang boleh . Tapi orang bisu tak boleh la nak cakap . Itu exceptual case ! Tapi ramai je cakap tak serupa bikin . Biasa la manusia bukan perfect . Kalau perfect , itu bukan manusia . Korang kena cepat - cepat check ur DNA . Mana la tau DNA transformer terlepas dalam darah korang ke . Aku , kau , dia dan semua pernah cakap tak serupa bikin ni . Tapi jangan la kau cakap 10 patah perkataan . 100 patah perkataan langsung tak boleh nak percaya . Tu memang nak kena tumbukan pow - pow ala Kungfu Hustle kat muka ni .

Memang semua orang boleh cakap . " Saya sayang bangsa Melayu saya ". Tapi sejauh manakah aku , kau , dia dan semua membuktikan ayat "sayang"  itu ? 

  • Aku sayang bangsa Melayu . Tapi aku rasa malu lar nak cakap bahasa Melayu sangat . Sekarang ni pun aku terpaksa je cakap bahasa Melayu . Bila aku cakap je bahasa melayu ni , aku rasa macam aku ni kolot ! Ketinggalan zaman ! I'm feel stupid when I speak in Malay u know !

  • Aku sayang bangsa Melayu . Tapi aku tak suka tengok orang Melayu lain lebih berjaya dari aku . Aku sakit hati ! Sebab tu aku gunakan sihir . Biar dia mampos ! Biar dia gila ! Biar hati aku puas ! Biar aku je bangsa Melayu yang berjaya kat dunia ni . HAHAHAHAHA *gelak jahat*






  • Aku sayang bangsa Melayu . Aku pantang ada orang melayu yang nak rosakkan orang Melayu sendiri ! Tak guna kalau aku gunakan cara baik untuk tegur . Aku mesti guna cara jahat untuk bagi pengajaran kat orang Melayu tu . Biar dia tahu . Langit tu memang tinggi gile ! Biar merusuh . Biar bergaduh . Asal bangsa aku tak bergadai .

Aku , kau , dia dan semua . Allah kurniakan akal . So , gunalah . Jangan la buat bodoh . Kita ada bahasa dan adat resam gunakan . Tak semestinya gunakan bahasa sendiri . Kita ketinggalan zaman . Tapi kita pun perlu juga belajar bahasa asing . Supaya dunia memandang tinggi kepada kaum Melayu .

Aku , kau , dia dan semua . Setiap manusia dikurniakan sifat cemburu . Aku pun jeles gila bila tengok blogger lain asyik dapat BE dari NUFFNANG . BE aku asyik tak bergerak 15 sen je dari dulu . Huhu . Tapi tak payah la sifat cemburu tu mengaburi akal yang tuhan bagi . Fikir dulu apa sebab kita tak berjaya . Jangan melulu gunakan sihir nak jatuhkan orang . Macam tu kau sorang jela bangsa Melayu yang berjaya . Macam mana nak berjaya bangsa Melayu . Bila nak berjaya sikit . Dah kena sihir .

Aku , kau , dia dan semua . Setiap manusia pernah melakukan kesalahan . Gunalah cara terhormat dan diplomatik untuk menegur . Tak payah la nak merusuh dan bergaduh bagai ni . Buat apa nak tunjuk hebat kat bangsa sendiri . Tak ada makna nya . Lagi menyusahkan orang lain ada la . Tak perlu nak ludah kat warga kaum sendiri kalau diri sendiri pun tak sempurna . Sebaliknya kita kena bersatu !