BINATANG POPULAR yang suka dikaitkan dengan manusia .




  • HARUAN makan anak . Famous d' amor  peribahasa ini . Maksudnya , bapak - bapak yang berhati seperti haruan yang sanggup merogol anaknya sendiri . Kenapa tak cakap haruan rogol anak je . Tapi aku nak la stori sikit yang mana haruan ini bila bertelur banyak - banyak dan makan bukan semua anak dia . Tapi manusia kalau dah berhati binatang memang semua anak perempuan dia rogol . Dah la beranak sikit je .  

  • BUAYA darat . Maksudnya , lelaki playboy bukan lelaki yang pakai sandal crocs  dan bukan juga lelaki yang pakai baju lacoste . Apa kaitan antara buaya  dengan lelaki playboy ? buaya kan amat femes sebagai haiwan pemangsa yang pandai menyerang mangsa secara senyap . Tapi itu buaya air . Buaya darat ni diibaratkan sebagai lelaki yang playboy yang mana sentiasa bermulut manis dan melayan mesra semua perempuan sehinggakan semua perempuan tercair kepadanya .

  • BABI , CIPAN ! Apesal binatang - binatang ni popular sangat . Aku pun pening . Apa yang hebat sangat gelar orang lain dengan babi , cipan dan segala binatang yang bersangkutan . Selalu sangat aku dengar budak - budak yang otak mentah sebut nama binatang ni . Aku rasa nak sumbat cili masuk mulut budak tu je . Lain kali sebut la penguin ke . Kan ke comel ? haisyhhh ~