tujuan berblogging ?

Entri kali ini agak panjang macam essay biologi . Diharapkan readers semua banyak bersabar membacanya.
Antara tujuan berblogging yang TERMASYUR di Malaysia :


1. " Dari kecil lagi saya dah bermimpi nak jadi blogger yang TERHEBAT dan TERPOPULAR di arena blog ni . Mungkin sebab dah ditentukan oleh tuhan untuk saya menjadi blogger . Nak buat macam mana ? Redha jela . "

2. " Masa saya banyak sangat terluang . Sampai semua benda saya dah buat . Facebook jangan cakap la . Frenz saya yang empat ribu lebih tu , habis dah saya stalker sorang - sorang . Siap like dan comment lagi each pics and status . Daripada saya pergi buat benda - benda yang lagha baik saya buat blog ni . "

3. " Semua membe aku dah ada blog . Aku mesti ada blog jugak ! Baru COOL dan up-to-date . Macam seronok je diorang tangkap gambar - gambar comel dan post kat blog . Lepas tu cerita macam diari je . Sampai ada cerita ' AKU ADA DARA . KAU ADA ? ' . Lepas tu orang bagi comment beribu - ribu sampai tak terlarat nak jawab . Follower jangan cakap la mesti seribu sehari . Perghhh ! aku suka . aku suka . "

4. " Aku ada baca surat khabar baru - baru ni pasal blogger pun boleh kaya . Betul ke ? Sebab tu ramai blogger pergi tampal nuffnang la , heartbeat la . Macam tu aku nak buat blog la . Mana tau mungkin aku nanti jadi jutawan blogger . Its possible rite ? Tapi apasal tirah cakap BE die tak pernah meningkat . Tak habis - habis RM0.15 je selama 6 bulan . "

5. " Aku suka berkongsi everything with others . Sebab tu aku buat blog ni . Salah satu medium untuk sharing . Sharing is caring rite. Aku suka berkongsi ilmu aku dalam memasak , menjaga suami , menjahit , bercucuk tanam , petua orang tua - tua dan petua orang muda - muda .Tapi satu je aku tak suka kongsi . Tak suka la kongsi suami ! "

6. " Saya buat blog sebagai tempat untuk mencari jodoh . Mana la tau saya dapat jodoh dengan blogger yang perangai macam SETH TAN *bukan setan tetapi seth tan . hero dengan Nora Elena tu* . Ada tak blogger yang macam tu ? "

7. " Macam seronok je berblog ni . Boleh tambah lagi koleksi rakan . I memang suka sangat berkawan ni . Kalau boleh I nak berkawan je dengan berjuta - juta orang . Baru seronok . Terasa hidup penuh kesempurnaan . I loike ! "

8. " Oh My Darling *OMD* , I rasa frust sesangat sampai rambut I yang cantik mengurai ni terus jadi mengerbang macam kena shock current . I tak tau nak lepaskan perasaan I yang benci , meluat , menyampah kat my Ex macam mana . Nak lepaskan kat membe , I rasa malu la ! So lepaskan jela kat blog . Bukan ada sapa kenal I pun . heeeee . "

9. " I nak buat blog sebab I nak URL *kalau tak tahu URL tu apa . sila google* sendiri . Seronok la ada URL sendiri . Siap ada nama I lagi . Sukanya . Bangga I orang search nama I kat google . Hihi . Macam artis popular la . "

10. " Aku nak buat blog ni sebab aku nak meluahkan idea merapu aku ni kat korang semua para readers . Mana lah tau sekarang aku tulis blog je . Nanti  aku tulis novel pulak . Tulis blog ni bagus tau sebab dapat mengasahkan bakat penulisan aku yang serba blur ni menjadi tajam bak pedang . "


ps : aku berblogging sebab 2,5,7,8, dan 10 .

KOrang berblogging sebab yang mana ?